Pertama, saya memanjatkan kesyukuran tidak terhingga kepada Maha Pencipta yang telah memberi peluang kepada saya untuk merasai nikmat duniawi sepanjang usia ini. Saya juga merasakan ia adalah satu hari yang paling meriah dalam hidup saya dengan doa-doa daripada rakan dan taulan, anak-anak murid kesayangan yang di perantauan, sempena usia saya yang mengunjung senja. They enlightened my day. Sepanjang hari saya tersengih dengan macam-macam ucapan di FB. Thanks to Mark Zuckerberg, I definitely luv FB. Dan bermula daripada tahun ini juga, saya bertekad, akan memulakan satu nota perjalanan hidup saya di alam maya. Bukan saya tidak pernah mencuba, banyak kali sebenarnya. Tapi semuanya berakhir di pertengahan jalan kerana persepsi saya sendiri. Siapa yang mahu baca coretan amatur seperti saya? Sinisnya hari-hari saya selalu berakhir dengan bersiar-siar di blog-blog asing penulis yang tidak pernah saya kenali. Kerap juga mencuri resepi masakan dan kehidupan. Tersentuh, tertawa, terkesima dengan macam-macam cerita.
Perbualan dengan rakan lama pada suatu ketika memberi kesedaran kepada saya. Suatu ketika apabila saya sudah tiada, sekiranya ada yang merindui, mereka ada blog saya. Coretan di alam maya ni kekal. Selagi tidak diceroboh atau disabotaj oleh mana-mana pihak. So here I am, with my very first writing, with brand new spirit. So, people told me..eh eh…kenapa dah tune bahasa pulak ni? Heheh….mohon maaf. Bukan saya takut dilupakan, tetapi saya mengenang perasaan saya merindui tatkala merindui mereka yang telah pergi. Andai kata….(ini bisikan syaitan. Sila abaikan). Maksud saya, andai kata ada sesuatu yang boleh “berkata-kata” sebagai pengganti mereka, sekurang-kurangnya saya boleh berbicara. saya kira, blog tak mungkin dimakan anai-anai, atau dihanyutkan banjir (seperti surat-surat cinta dari "sayang" saya). Salahkah saya? Ok…dalam dunia ini, ada macam-macam orang dengan macam-macam pendapat. Tak perlu setuju kalau tidak. Ini hanyalah coretan peribadi saya, bukannya cubaan menghasut sesiapa.
Keputusan nak tulis blog dah buat. Sekarang, hala tuju blog saya pulak. Hmm..sebenarnya saya tiada apa yang spesifik. Ini kerana saya seorang manusia yang ada macam-macam hobi. Saya suka masak, saya suka makan, saya suka kereta, saya suka gajet, saya suka kain batik, saya suka jeans, saya suka action, saya juga romantik,saya suka membaca, saya suka melancong…pendek kata semua saya suka. Jadi, blog saya bakal menjadi caca marba dengan macam-macam yang saya suka. Akhir kata….terlebih panjang la pulak sebagai entri pertama ni. Selamat bersiar-siar di blog saya.